Ianya hari yang agak sugul buat Sergio Kun Aguero. Ini kerana bintang sensasi Argentina, Sergio Aguero terpaksa menggantung butnya.

Walaupun sebelum ini bertekad mahu terus berkarier selepas terkena masalah jantung beberapa minggu lalu.

Aguero merupakan pemain yang diharapkan akan menjadi penggempur utama di Barcelona. Namun nampaknya jodoh tidak panjang untuk mereka. Kerana isu yang tidak dapat dielakkan.

Lama rasmi Barcelona telah mengumumakn secara rasmi tentang persaraan penyerang dari Argentina itu.

Karier Sergio Aguero sangat signifikan dengan Manchester City. Dan beliau turut mewakili negaranya dalam banyak pertandingan.

Musim ini Aguero menyertai Barcelona selepas kontraknya bersama Manchester City berakhir.

Ketika tiba di Barcelona, Aguero menjalani pemulihan selepas pembedahan kecil dilakukannya.

Dan beberapa bulan selepas diumumkan secara rasmi, Aguero akhirnya tampil bersama Barca.

Namun ketika aksi berdepan dengan Alaves, Aguero mengalami masalah sesak nafas. Beliau menerima bantuan kecemasan.

Aguero terpaksa dikeluarkan selepas 40 minit aksi antara Barcelona dan Alaves. Selepas pemeriksaan lanjut di hospita, beliau kemudiannya disahkan ada masalah kadar degupan jantungnya.

Lantas kariernya kini menjadi tanda tanya. Kerana beberapa pakar sudah menasihati Aguero agar bersara daripada bola sepak profesional yang sangat berintensiti tinggi.

Awalnya Aguero mengesahkan bahawa beliau dinasihatkan untuk berehat sekurang kurangnya 3 bulan. Dan dalam tempoh itu kondisi beliau akan dipantau.

Namun kemudian, pakar perubatan yang merawatnya, Dr. Josep Brugada menyarankan agar Aguero bersara daripada bola sepak.

Memang sudah ada desas desus Aguero mahu mengumumkan persaraannya beberapa minggu lalu. Namun ada beberapa perkara perlu diselesaikan termasuk isu penamatan kontrak atas persetujuan bersama.

Pengumuman persaraan Aguero akhirnya dibuat pada 16 Disember 2021. Aguero berkata dia perlu mengutamakan kesihatannya, jadi dia terpaksa bersara.

“Kesihatan saya diutamakan. Kakitangan perubatan berkata pilihan terbaik ialah berhenti bermain bola sepak.”

“Jadi sekarang saya akan meninggalkan Barcelona dan bersara daripada bola sepak profesional,” katanya.

Sebagai pemain bola sepak, Aguero mempunyai rekod yang hebat. Beliau telah bermain sebanyak 802 perlawanan sepanjang kariernya.

Daripada 802 penampilan itu, dia berjaya mengumpul 436 gol secara keseluruhannya.

Ramai yang mengucapkan selamat bersara buat Kun Aguero dan berdoa agar beliau terus sihat dan berehatlah sebaik baiknya.